Wednesday, August 31, 2016

Pengenalan
Sekolah Menengah Sains Sekolah  Puteri telah diberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada 17 Februari 2011.Sebagai sekolah berprestasi Tinggi penglibatan di dalam pertandingan rekacipta dan inovasi sains yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah SBT yang lain dan institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar Negara adalah sangat aktif. Seringkali SM Sains Seri Puteri berjaya memperoleh anugerah emas selain dari anugerah perak dan gangsa. Oleh kerana kerana itu bidang penyelidikan sains telah dipilih sebagai show case sekolah. Penglibatan sekolah dengan bidang petah bicara yang etos sekolah sangat aktif dengan menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan melalui kemenangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melalui aktiviti harian pengucapan awam para pelajar  diasuh supaya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyatakan pendapat masing-masing.

Pada tahun 2012, buat pertama kali SM Sains Seri Puteri berjaya menganjurkan program SESERI i-BOWLS iaitu kombinasi antara pertandingan tenpin boling, public speaking (Bahasa Inggeris)  dan pidato (Bahasa Malaysia).Mulai tahun 2014 pertandingan ini telah ditambah baik dengan melibatkan pertandingan rekacipta & inovasi sains yang dikenali sebagai Science Carnival dan dengan bantuan Management & Science University (MSU).Walaubagaimana pun penglibatan sekolah-sekolah adalah kecil.

Justeru itu, pada tahun 2016, SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur mengorak langkah bersama-sama Management & Science University (MSU) menganjurkan pertandingan International Science & Innovation Carnival MSU-Seseri 2016. Pada tahun 2016 lebih ramai rakan jaringan dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di zon tengah akan dijemput menyertai pertandingan tersebut